Makan snek ringkas sebelum turun katil antara tip kurangkan 'morning sickness' — Dr. Raihana


  • Bonda
  • Khamis, 24 Jul 2025

Makan snek ringkas sebelum turun dari katil antara tip mudah yang boleh membantu kurangkan rasa loya di awal pagi. — Gambar hiasan/Freepik

MUAL, loya dan sensitif terhadap bau terutama pada waktu pagi sering dialami ibu hamil, terutamanya pada trimester pertama.

Keadaan ini dikenali sebagai morning sickness dan ia merupakan petanda awal kehamilan disebabkan oleh peningkatan hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) dan estrogen dalam badan.

Menurut perkongsian Dr. Raihana Ismail menerusi platform TikTok, simptom ini biasanya berlaku antara minggu keenam hingga ke-14 kehamilan.

BACA LAGI: Jangan risau, paksa kalau umur setahun anak belum berjalan, setiap bayi ada ciri perkembangan berbeza

BACA LAGI: 'Awet muda walau sudah 20 tahun berlalu', warga maya terpesona lihat Anne Hathaway pada hari pertama di set The Devils Wear Prada 2

“Ia lebih ketara jika anda hamil anak pertama, hamil kembar atau mempunyai sejarah migrain dan penyakit refluks gastroesofagus atau gerd,” jelasnya.

Selain itu, emosi yang tidak stabil dan kurang tidur juga boleh memburukkan lagi keadaan.

Dr. Raihana turut berkongsi beberapa tip mudah bagi membantu mengurangkan rasa tidak selesa tersebut.

Antaranya ialah bangun secara perlahan-lahan dari tidur dan mengambil snek ringkas seperti biskut tawar sebelum turun dari katil.

“Minum air lemon suam atau air halia juga boleh membantu,” katanya.

Ibu hamil juga digalakkan mengelakkan makanan berlemak atau pedas, makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap serta memastikan rehat mencukupi dan mengurangkan tekanan.

Morning sickness memang tidak selesa, tetapi dengan ilmu dan nutrisi yang betul, anda boleh hadapi fasa ini dengan lebih tenang,” ujar beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram