Beg Birkin pertama milik aktres Perancis dilelong, catat rekod jualan RM43 juta


  • Gaya
  • Jumaat, 11 Jul 2025

Walaupun kulitnya sudah lusuh, beg berusia 44 tahun ini terus meraih perhatian komuniti fesyen global. - Agensi

SESI bidaan yang berlangsung di Sotheby’s, Paris, Perancis telah menyaksikan sebuah beg Birkin dilelong pada harga tertinggi dalam sejarah.

‘The Original Birkin’ milik mendiang Jane Birkin mencipta rekod tersendiri apabila berjaya dijual pada harga AS$10 juta (sekitar RM43 juta).

BACA LAGI: Hadir ke Minggu Fesyen Milan bersama kekasih, diari gaya Ameera Khan jadi tumpuan

BACA LAGI: Jual 'makeup' lagi untung dari menyanyi, ini strategi Rihanna sampai raih status bilionair melalui Fenty Beauty

Timbul spekulasi bahawa Kim Kardashian atau Drake mungkin merupakan pembida yang berjaya memiliki beg berusia 44 tahun itu.

Namun, sumber sahih melaporkan bahawa beg tersebut kini menjadi milik seorang pengumpul Hermès dari Jepun.

Lelongan berlangsung dalam suasana penuh dramatik dengan persaingan sengit antara beberapa pembida elit dari seluruh dunia. - Agensi

Nilai sentimental beg Birkin ini menjadikannya sangat berharga di mata para pengumpul dan peminat fesyen.

Kisah di sebalik beg

Pemilik asal beg, Jane Birkin, merupakan seorang aktres kelahiran London, United Kingdom (UK), namun mencipta nama di Perancis.

Beliau pernah diangkat sebagai ikon fesyen pada era 1960-an.

Pada tahun 1981, ketika dalam penerbangan dari Paris ke London, Jane secara tidak sengaja menumpahkan kandungan begnya hingga berselerakan di lantai pesawat.

Kebetulan, lelaki yang duduk di sebelahnya adalah Jean-Louis Dumas, pengerusi Hermès ketika itu.

Jane mengadu begnya terlalu berat dan sukar untuk mencari beg yang sesuai dengan keperluannya.

Dumas kemudian menghasilkan lakaran rekaan beg baharu yang dianggap menepati kehendak Jane.

Beg itu kemudiannya dinamakan 'Birkin' bersempena nama aktres tersebut, sekaligus mencetuskan permulaan kepada salah satu aksesori paling ikonik dalam dunia fesyen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

Artikel Berkaitan: