Fila Amir nafi muka anak tak serupa muka bapa


  • Bonda
  • Sabtu, 05 Jul 2025

PASANGAN pempengaruh Malaysia-Guinea, Fila Amir, 30, kini meniti bahagia di samping suami dan anugerah cahaya matanya, Assara Adama Camara.

Biarpun dikurniakan zuriat sedikit lewat selepas lima tahun usia perkahwinan, berkat usaha dan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dijalani membuahkan hasil apabila Fila selamat melahirkan anak perempuannya pada Mei lalu.

Memasuki usia dua bulan, pasangan tersebut dilihat semakin sibuk menyiapkan segala persediaan dan kini banyak meluangkan masa bersama si kecil.

Pun begitu, pasangan itu tidak terlepas daripada kecaman warga maya tampil mempersoalkan wajah anaknya yang dikatakan tidak menyerupai bapanya.

Paling ketara, kulit anaknya kelihatan jauh cerah dan berbeza dengan asal usul negara suaminya di Afrika Barat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram