Si cilik Sarawak dinobat Royal Grand Winner WJTA 2025


  • Bonda
  • Jumaat, 04 Jul 2025

SEJARAH tercipta buat Malaysia apabila Aaisyah Batrisya Putit, 10, dinobatkan sebagai Royal Grand Winner dalam World Junior Tourism Ambassador International 2025 (WJTA 2025) yang berlangsung di Auditorium Shantanand, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejayaan tersebut sekali gus membuatkan si cilik itu menjadi rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran tertinggi berkenaan.

Aaisyah yang berasal dari Sarawak, menewaskan peserta dari lebih 20 negara lain termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, India dan Korea Selatan.

Gelaran Royal Grand Winner merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada peserta cemerlang secara menyeluruh dalam aspek promosi pelancongan, persembahan budaya, sahsiah diri dan penguasaan komunikasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram