
SEBUT sahaja filem XX Ray (1992), penonton pastinya mengimbau semula era kegemilangan pengarahnya, Aziz M. Osman yang ketika itu cukup dikenali sebagai pencetus naskhah sains fiksyen negara.
Popular di kalangan kanak-kanak dan dewasa, filem tersebut kekal tersemat dalam ingatan masyarakat khususnya yang lahir era 90-an.
Paling nostalgia pastinya replika helmet merentas masa digunakan Aziz yang satu ketika dahulu cukup fenomena hingga menjadi buruan setiap penonton yang terpengaruh dengan filem tersebut.
BACA LAGI: Visi Sheikha Mozah realisasikan Al-Mujadilah Center, masjid khas wanita pertama di dunia
BACA LAGI: [VIDEO] Cik Man kongsi taktikal 'penalti halus', rahsia kemenangan skuad Ex Treble Kelantan
Lebih tiga dekad berlalu, siapa sangka helmet berkenaan masih tersimpan rapi dan dimiliki oleh seorang pempengaruh media sosial, Adam John.
Merupakan pengumpul koleksi barangan-barangan 'rare' dari serata pelusuk dunia, Adam John baru-baru ini mendedahkan helmet XX Ray yang ditandatangani Aziz merupakan antara yang dimiliki.
1. Helmet XX Ray
Helmet dalam filem itu ialah salah satu peralatan ikonik dari filem sains fiksyen tersebut.
Membolehkan seseorang melihat tembus melalui objek, keseluruhan plot naskhah itu mengetengahkan elemen merentas masa melalui reka bentuk helmet futuristik berkenaan.
Menyerupai peralatan makmal moden atau aksesori eksperimen Hollywood era 90‑an, ia kini tersimpan rapi dalam jagaan Adam John dipercayai pemberian dari pengarahnya sendiri, Aziz M. Osman.
2. Tanda tangan pengadil perlawanan tinju Muhammad Ali
Juga meminati sukan tinju, pempengaruh tersebut turut memiliki tanda tangan pengadil yang mengadili perlawanan peninju popular, Muhammad Ali.
Jelasnya, dia merupakan satu-satunya individu yang berpeluang mendapatkan tanda tangan pengadil berkenaan iaitu Arthur Mercante.
Bertempat di gelanggang tinju International Boxing Hall of Fame, New York, Amerika Syarikat (AS), Adam John dipercayai hadir menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut.
3. Topi Back To The Future
Selain daripada barangan tempatan, Adam John turut memiliki koleksi topi filem Back To The Future beserta tanda tangan pelakonnya, Michael J. Fox.
Merupakan salah satu karya ikonik dalam sejarah filem Hollywood, ia cukup sinonim dengan konsep pengembaraan merentas masa, watak yang unik dan teknologi fiksyen seperti kereta masa DeLorean.
Sehingga kini, filem itu menjadi rujukan generasi terkini dan dikenang sebagai antara filem paling berpengaruh sepanjang zaman.
4. Patung terminator
Patung T‑800 Endoskeleton Terminator dan versi Arnold Schwarzenegger turut dimiliki pempengaruh itu.
Katanya, dia merupakan satu-satunya individu di Malaysia yang memiliki patung replika tersebut dan kini, ia menjadi buruan ramai pengumpul koleksi serata dunia.
Pada masa sama, Adam juga kembali memberikan reaksi kepada segelintir pengikutnya yang seolah-olah mempertikaikan koleksi eksklusif 'rare' yang dimilikinya sambil berseloroh menunjukkan 'booger' (tahi hidung). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram