
SELALU kita dengari, di sebalik seorang lelaki cekal dan kuat, hadir wanita yang tidak pernah putus memberi sokongan demi menyaksikan kejayaan yang akhirnya akan menguntungkan kedua-dua pihak.
Namun, bagaimana pula keadaannya bagi perempuan yang mahu berdiri sendiri tanpa mengharapkan sokongan sesiapa bagi membuktikan dirinya tidak kenal erti putus asa.
Situasi berkenaan diceritakan menerusi satu hantaran di Facebook Lys Marisa Sara yang menyatakan kenalannya, Siti Sokhleha yang kini menguruskan sebuah stesen minyak di Perlis.
BACA LAGI: Praktikaliti jadi keutamaan, Lania tampil kasut balet comel, buat wanita berkaki lebar
BACA LAGI: Lafaz taklik Braille sah selagi menepati rukun nikah, mudahkan golongan OKU — Peguam
Dalam hantaran pada Khamis itu, pengguna tersebut berkongsi bagaimana wanita cekal itu merempuhi segala dugaan dan cabaran sebelum berjaya bangkit atas usahanya sendiri.
"Dia yang aku kenal ialah wanita besi yang pernah ditolak, yang pernah dimalukan tetapi bangkit dengan semangat yang ada dalam dirinya sendiri. Aku puas tengok apa yang dia buat sekarang ini. Segala liku-liku dihadapi dahulu berbalas dengan usaha sendiri.
"Terus kuat Siti Sokhleha, wanita hebat bukan kerana cantik, kaya, pintar dan bukan pula kerana 'di sampingnya ada seorang lelaki kaya dan tampan'. Tetapi, wanita hebat adalah yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya," tulisnya.
Keputusan membangunkan perniagaan berasaskan stesen pam minyak sememangnya mencabar memandangkan ia tidak menjanjikan pulangan segera selepas satu pelaburan besar dibuat.
Jadi, kisah mengenai Siti Sokhleha itu wajar dijadikan panduan buat mana-mana wanita yang gusar untuk mengambil langkah berisiko kerana keuntungan bakal diterima sudah tentu setimpal.
"Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan. Bersabar saat tertekan, tersenyum saat hati menangis. Diam saat terhina dan mempersona kerana memaafkan," tulisnya lagi.
Melihat kepada kepingan foto dikongsikan, stesen minyak tersebut berada di lokasi strategik kerana ia terletak berhampiran hamparan padi dan bukit bukau di sekitarnya.
Jadi, ia mampu menjadi tarikan buat orang ramai yang mengunjungi Perlis kerana bukan sahaja mereka berpeluang mendapatkan keperluan, malah dapat menikmati keindahan alam di negeri Utara terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram