
CUKUP dikenali dalam industri hiburan, peranan pelakon veteran Kamarool Haji Yusoff, 67, atau lebih mesra dengan panggilan 'Cik Man' turut ditagih dalam pasukan bola sepak kelantan.
Merupakan salah seorang watak utama di sebalik kejayaan dilakar skuad Ex Treble Kelantan ke atas Double Treble Kedah pada Sabtu, perkongsian taktikal dan strategi Kamarool sebelum perlawanan nyata mencuit hati peminat.
Sekadar melawak, penglibatan pelakon itu diterima baik oleh kesemua pemain yang mewakili pasukan pasukan lagenda The Red Warriors tersebut dengan rata-ratanya kelihatan leka melayan kerenahnya di bilik persalinan.
BACA LAGI: Al-Mujadilah Center masjid khas wanita pertama di dunia, simbol pemerkasan muslimah
BACA LAGI: [VIDEO] Sasha Saidin anggap anak Che Ta ‘jelmaan’ ketika muda, banyak kongsi tip dan fesyen
Mengekalkan gaya unik persis wataknya dalam filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid, ucapannya walau bagaimanapun berjaya membawa pulangan positif apabila menang dengan keputusan 3-0.
Tidak terhenti di situ, Kamarool turut berperanan sebagai jurulatih 'import' di luar padang apabila kerap memberikan arahan dan kata-kata semangat ketika perlawanan sedang berlangsung.
Dalam pada itu, dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh bekas penyerang sensasi Kelantan dari Lubnan iaitu Mohammad Ghaddar manakala satu lagi tercip[ta hasil ledakan tonggak tengah, Khairul Izuan Rosli.
Pertembungan tersebut turut menawarkan trofi bersempena PUC Cup yang menyaksikan kedua-dua pasukan turun serta membawa pemain hebat yang pernah mewakili Kelantan dan Kedah suatu ketika dahulu.
Antara bintang tumpuan yang turun pada aksi berkenaan adalah Mohammad Ghaddar, Badhri Radzi dan Shakir Shaari untuk skuad Kelantan manakala Kedah pula diketuai oleh Baddrol Bakhtiar.
Skuad Ex Treble Kelantan setakat ini telah memenangi kesemua empat perlawanan iaitu ke atas Terengganu, Pahang, Carabat FC, Selangor dan yang terkini Double Treble Kedah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram