1,000 hari pertama bayi risiko tinggi dijangkiti penyakit?


  • Bonda
  • Jumaat, 27 Jun 2025

PAKAR kesihatan kanak-kanak menegaskan bahawa tempoh 1,000 hari pertama kelahiran sehingga usia dua tahun adalah masa paling kritikal dalam memantau perkembangan bayi.

Menurut Pakar Pediatrik dan Perkembangan Kanak-Kanak Sunway Medical Centre, Dr. Khoo Chai Soon, ramai masih belum cakna akan hal itu yang sepatutnya menjadi panduan utama setiap ibu bapa.

“Ibu bapa kebiasaannya peka apabila anak lambat berjalan atau berdiri, tetapi masalah pertuturan lambat sering terlepas pandang.

"Masalah pertuturan ini adalah satu masalah yang sangat penting sebab kematangan otak sebenarnya banyak ditentukan oleh pertuturan sebenarnya,” ujarnya dalam temu bual eksklusif bersama Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram