Gen Z kurang minati seni tempatan?


  • Gaya
  • Khamis, 26 Jun 2025

SENI warisan tradisi sering dianggap sebagai nadi kepada identiti budaya sesebuah negara.

Di Malaysia, seni seperti tekstil tradisional memainkan peranan penting dalam memperkenalkan kekayaan budaya bangsa.

Namun, apakah generasi muda terutama Gen Z masih mempunyai minat terhadap seni warisan ini?

Bercakap soal itu, Ketua Bahagian Seni dan Ruang Awam di Yayasan Hasanah, Marini Ramlan berkongsi pandangannya dalam memastikan seni warisan terus dihargai generasi muda.

"Generasi muda kini lebih cenderung kepada budaya asing seperti Jepun dan Korea kerana ia dilihat lebih ‘gempak’ dan mudah diterima," kata Marini kepada Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram