Sentuhan firma Ruang Reka diterjemah ke The Leaning Loft


  • Hias
  • Rabu, 25 Jun 2025

DI lereng tanah Sungai Merab, Selangor tersergam indah sebuah kediaman moden yang menjadi simbol kesederhanaan estetik dan fungsi praktikal.

Dikenali sebagai The Leaning Loft, rumah itu hasil sentuhan kreatif Ruang Reka .

Ia sebuah firma reka dan bina yang mengkhusus dalam kediaman moden serta pengubahsuaian dalaman serta luaran.

Menurut Ikhwan Rahim, salah seorang pengasas Ruang Reka, rumah moden itu menampilkan elemen garisan lurus dengan reka bentuk 'sleek' yang menonjolkan kekemasan dan gaya minimalis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram