Alyssa Daguise anggun berkebaya Sunda


  • Gaya
  • Selasa, 24 Jun 2025

PASANGAN selebriti Indonesia, Al Ghazali dan Alyssa Daguise selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung penuh adat di Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu menyaksikan penyatuan dua jiwa dalam suasana cukup intim, namun tetap mencuri perhatian ramai apabila foto-foto rasmi pasangan tersebut mula dikongsikan di media sosial.

Alyssa tampil menawan dalam busana kebaya Sunda yang direka eksklusif oleh pereka tersohor, Tex Saverio.

Dikenali dengan rekaan avant-garde yang memukau pentas peragaan antarabangsa, ia merupakan kali pertama Tex menterjemahkan sentuhannya dalam rekaan kebaya pengantin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram