Estetika: Sentuhan warna vibrant, kayu unik penyeri ruang rumah Norsyela


  • Hias
  • Ahad, 22 Jun 2025

DARI luar, rumah di atas bukit itu kelihatan seolah-olah dua tingkat.

Tapi apabila melangkah masuk, barulah kita faham ia sebenarnya sebuah rumah setingkat yang tinggi nilainya pada hati pemiliknya, Datin Norsyela Jaafar.

Silingnya tinggi, ruangnya luas dan udara terasa lapang bukan sekadar struktur, tapi setiap sudut rumah itu bercerita.

"Kalau semuanya kayu dan coklat, rumah jadi suram. Saya nak warna yang hidup," katanya kepada Majoriti.

Dekorasi rumah itu juga mengambil inspirasi gaya American vibrant, hasil gabungan rasa beliau dan suami. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram