MEMBUKA bicara tentang fasa baharu kehidupannya selepas bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, pelakon, Eyka Farhana menekankan betapa pentingnya kepercayaan dan persefahaman dalam membina rumah tangga.
Apatah lagi, Eyka Farhana dan suaminya, Akhyar Rashid ketika ini masih menjalani hubungan jarak jauh dek kekangan karier masing-masing.
Bagaimanapun pemilik nama penuh Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, itu mengakui, selepas mendirikan rumah tangga, dinamika perhubungan mereka menjadi lebih fleksibel dan penuh tolak ansur.
"Kerja Eyka sangat fleksibel. Eyka boleh pilih masa untuk bersama Akhyar apabila tiada komitmen kerja.
"Penggambaran pula ambil masa sebulan dua, kemudian Eyka boleh rehat dan habiskan masa dengan dia pula," katanya kepada Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram