PENDIDIKAN fesyen hari ini perlu menjangkaui kemahiran teknikal semata-mata.
Ia harus bersifat inklusif dan membentuk generasi kreatif yang bukan sahaja memahami proses rekaan, tetapi juga menghargai nilai, etika dan warisan budaya dalam setiap helaian yang dihasilkan.
Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Faizal Hamid menegaskan bahawa pendidikan formal tetap relevan dalam era digital masa kini.
“Misi utama kami sebagai pendidik bukan sekadar melahirkan graduan yang profesional dan berkualiti, tetapi juga mereka yang menghormati budaya sendiri, beretika, bermaruah dan mempunyai identiti tersendiri,” jelas beliau kepada Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram