Tetamu lebih glam dari pengantin?


  • Gaya
  • Isnin, 16 Jun 2025

MAJLIS perkahwinan merupakan detik istimewa yang memberi ruang kepada pasangan pengantin untuk tampil sebagai tumpuan utama, lengkap dengan busana indah, dandanan rapi serta aura tersendiri sebagai 'raja sehari'.

Namun begitu, tidak dinafikan terdapat segelintir tetamu yang hadir dengan penampilan yang begitu menonjol, sehingga mengundang persoalan dalam kalangan ramai berhubung wajarkah seseorang tampil lebih bergaya daripada pengantin pada hari istimewa tersebut?

Sehubungan itu, Majoriti menemu bual ringkas beberapa individu bagi mendapatkan pandangan.

Bagi Nurul, beliau tidak melihat penampilan tetamu yang ‘over’ sebagai isu besar.

“Pengantin tetap ada seri tersendiri. Kalau mereka pakai biasa pun, orang tahu dia pengantin," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram