Hello Mama: Alif Satar percaya ‘rezeki anak’, rancang legasi keluarga sejak usia belasan tahun


  • Bonda
  • Ahad, 15 Jun 2025

DALAM dunia serba moden dan canggih kini, masyarakat khususnya Gen Z dilihat semakin gusar untuk menambah bilangan anak ekoran desakan kos sara hidup melampau.

Berkait rapat dengan isu perbelanjaan seharian dan sumber pendapatan yang kurang mencukupi, rata-ratanya beranggapan anak sebagai satu bentuk pelaburan yang memerlukan keberanian dan risiko jangka masa panjang.

Namun, bagi penyanyi dan pelakon popular Muhammad Alif bin Mohd Satar, 34, atau lebih dikenali sebagai Alif Satar, perkara itu sama sekali tidak mencetuskan rasa gentar apatah lagi gerun untuk memiliki anak.

"Alhamdulillah, Alif daripada sekolah lagi mama dengan ayah banyak mengajar jadi mungkin kesedaran itu datang lebih awal untuk merancang keluarga dari segi kesihatan, kewangan dan simpanan." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram