
WANITA diingatkan untuk tidak memakai dan mendengar muzik menggunakan peranti fon telinga atau fon kepala apabila bersendirian di luar rumah, terutama ketika berjalan atau berada di tempat awam.
Pesanan itu dikongsikan pengguna akaun Thread bernama @jurnalflora pada Sabtu, yang menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan wanita, khususnya melibatkan gangguan fizikal dan kurangnya kesedaran terhadap persekitaran.
Beliau menekankan, walaupun tujuannya bukan untuk menuduh mana-mana pihak secara melulu, pemerhatian terhadap tingkah laku sesetengah warga asing yang tidak memahami konsep ruang peribadi antara lelaki dan wanita telah menimbulkan ketidakselesaan, termasuk dalam pengangkutan awam.
BACA LAGI: Hati-hati, ketahui 3 gejala strok dialami wanita
Mengambil contoh situasi di stesen sistem pengangkutan awam, beliau mempersoalkan tindakan segelintir lelaki warga asing yang sengaja menyelit ke dalam gerabak dipenuhi wanita, meskipun terdapat ruang kosong di gerabak lain yang majoritinya dihuni lelaki.
“Contohnya semalam, tak ada ruang dah nak masuk gerabak yang dipenuhi perempuan, dia (lelaki warga asing) nak juga menyelit.
"Gerabak sebelah yang ada ruang banyak dan kebanyakannya lelaki, tak nak pula ke situ padahal dekat dengan tangga dia naik,” tambahnya.
Menurutnya lagi, tindakan tersebut menimbulkan rasa kurang selesa dan membimbangkan keselamatan pengguna wanita yang terdedah pada gangguan fizikal.
Memakai peranti fon telinga atau fon kepala, khususnya dengan muzik yang kuat, boleh menyebabkan pengguna termasuk wanita menjadi kurang peka terhadap keadaan sekeliling.
Memakai fon telinga boleh menyebabkan wanita menjadi kurang peka terhadap keadaan sekeliling.
Antara risiko yang dikaitkan:
2) Tidak menyedari jika sedang diekori.
3) Gagal mengesan gangguan verbal atau fizikal.
4) Lambat bertindak sekiranya berlaku kecemasan.
Cadangan Keselamatan:
1) Gunakan fon telinga atau fon kepala hanya di tempat tertutup.
2) Elak berjalan sambil mendengar muzik di kawasan sunyi atau waktu malam.
3) Pilih mod ambient atau guna hanya sebelah fon telinga jika perlu.
4) Kekal peka dengan sekeliling dan perhatikan orang sekeliling, terutamanya di pengangkutan awam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram