Sembilan tahun berkelana di Malaysia, Sofi makin jatuh cinta


  • Sukses
  • Sabtu, 14 Jun 2025

MERANTAU ke negara orang bersendirian, sudah sembilan tahun Softianing Pangesti, menetap dan membina kerjaya di Malaysia.

Softianing, 27, mula menjejakkan kaki ke Malaysia pada usia 18 tahun ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pemilihan Malaysia dibuat atas faktor jarak yang dekat dari Medan, selain persamaan budaya yang memudahkan proses penyesuaian.

"Orang Malaysia sangat peramah dan mudah mesra. Ia salah satu sebab saya cepat rasa selesa di sini,” katanya yang mesra disapa Sofi kepada Majoriti baru-baru ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram