Kuah kafe estetik berjiwa tradisi sentuhan Hanna B, moden dan minimalis


  • Hias
  • Khamis, 12 Jun 2025

DALAM lautan kafe berkonsep barat dan moden minimalis, muncul satu ruang makan unik yang menyatukan dekorasi estetik dan rasa autentik masakan tradisional Melayu: Kuah, milik personaliti kreatif, Hanna B.

Pelanggan seperti dibawa pulang ke dapur nenek tetapi dengan sentuhan 'Pinterest-worthy'.

"Saya nak orang makan dengan mata dulu, hidung, baru mulut, baru jatuh ke hati,” kata Hanna, yang menekankan pentingnya persembahan dalam menjadikan makanan satu bentuk seni.

Menariknya di Kuah, 70 peratus daripada dekorasi dan perabot Kuah adalah hasil DIY Hanna sendiri.