
DUNIA fesyen kini menyaksikan kebangkitan semula fenomena 'monogram mania', dipelopori oleh gadis-gadis paling bergaya era 2000-an seperti Alexa Chung, Cara Delevingne dan Emily Ratajkowski.
Gaya yang pernah mendominasi pentas dan jalanan sejak dua dekad lalu kini kembali dengan penuh gaya, dipopularkan semula oleh dua rumah fesyen yang sarat tradisi dan warisan, Burberry serta Gucci.
Burberry memperkenalkan kempen Burberry Festival menerusi satu siri filem yang meraikan budaya muzik British dan gaya jalanan yang lahir daripadanya.
BACA LAGI: Pesona Itali: Aksesori musim panas Tod’s tampil gaya klasik bersahaja
BACA LAGI: Bukan sekadar viral, keberkesanan 5 produk wajah ini mengujakan peminat dunia kecantikan
Menurut Ketua Pegawai Kreatif, Daniel Lee, kempen ini ibarat kolaj yang menggabungkan detik kandid peminat bersama artis sewaktu bintang kesayangan tidak berada di atas pentas.
Difilemkan oleh Kim Gehrig dan dirakam jurugambar Drew Vickers, kempen ini menampilkan barisan personaliti terkenal termasuk Liam Gallagher, Goldie, Seungmin, Loyle Carner, Chy Cartier, John Glacier, Cara Delevingne serta Alexa Chung.
Gallagher mengenakan jaket parka Burberry parka dari koleksi musim bunga/panas 2018 rekaan Christopher Bailey, yang diumumkan bakal dijual semula dalam jumlah terhad bermula Julai ini.
Koleksi turut menampilkan beg tangan Highland bermotif Burberry Check, jaket kapas Harrington, jaket nilon, kilt mini serta but getah.
Lebih menarik, Burberry Check kini hadir dalam bentuk gaya argyle, denim tonal dan motif Knight yang diangkat semula dari arkib jenama.
Top model, Emily Ratajkowski mendepani kempen yang dirakam oleh jurugambar, Daniel Arnold. - Gucci
Gucci pula tampil dengan kempen terbaharu yang mengangkat kembali motif ikonik GG Monogram.
Bertempat di Cannes, kempen ini menampilkan Ratajkowski dalam momen-momen yang bersahaja yang disinari cahaya senja.
Kempen ini memperkenalkan beg Gucci Giglio yang pertama kali diperkenalkan sewaktu pertunjukan Cruise 2026 di Florence.
Beg ini mengambil inspirasi daripada simbol bunga lili yang sinonim dengan bandar tersebut sejak zaman pertengahan.
Turut menjadi tumpuan ialah Mini GG handbag yang direka berdasarkan gaya duffle klasik, diberikan nafas baharu dalam bentuk yang lebih kompak.
Kedua-dua kempen ini membuktikan bahawa monogram bukan sekadar corak, ia juga laksana perlambangan kepada identiti jenama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram