"LIMA hari." Itu jangka hayat yang diberitahu doktor kepada Aziela Che Nor selepas disahkan menghidap kanser leukemia pada 2011.
Mesra disapa Bonda Ziela, dunia wanita dalam lingkungan usia 50-an itu berubah gelap sekelip mata mendengarkan perkhabaran duka tersebut.
Kepada seluruh ahli keluarga, mereka diminta bersedia dengan 'pemergian' Aziela dalam tempoh kurang satu minggu.
"Saya sendiri sudah reda pada waktu tersebut, tapi dalam masa sama kami tetap ikhtiar," kongsinya kepada Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram