Pernah 'shooting' ditemani harimau, Azza Arif percaya penataan gaya perlu ada makna, bangga ukir nama di persada Hollywood


  • Gaya
  • Khamis, 22 Mei 2025

BAYANGKAN satu momen ketika melakukan penggambaran di dalam hutan dan hanya selepas itu hanya baru menyedari bahawa ada seekor harimau berkeliaran di kawasan sekitar dan memerhati anda dari jauh.

Itulah pengalaman luar biasa yang masih terpahat dalam ingatan penata gaya, Azza Arif yang kini mencipta nama di pentas antarabangsa.

“Waktu kami bergambar di Hutan Simpan Royal Belum, Gerik, Perak, kami memang masuk jauh ke dalam hutan. Apabila dah selesai baru kami tahu ada harimau di kawasan sekitar memerhatikan kami.

"Hasil penggambaran tersebut sangat cantik,” kongsi Azza yang mengimbas momen mendebarkan itu yang akhirnya menjadi salah satu hasil kerja kegemarannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram