TERDAPAT individu yang sanggup berpura-pura susah, mengaku sebagai OKU dan menggunakan beberapa lagi cara demi menagih simpati orang ramai.
KPWKM memutuskan untuk memberhentikan bantuan elaun OKU kepada seorang penerima yang mengemis hingga mampu memiliki Proton X70 Premium.
PIHAK JKM mendapati lelaki itu tinggal di Balok, Kuantan dan akan pergi ke mana-mana pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan.