[VIDEO] Oyen, Simba dan basikal berhias warnai perarakan Hari Kebangsaan ke-68


  • Massa
  • Ahad, 31 Ogos 2025

Oyen antara yang mencuri tumpuan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya.

SIAPA sangka, dua ekor kucing comel, Simba dan Oyen berjaya mencuri perhatian ribuan penonton pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh warna-warni di Dataran Putrajaya.

Simba, yang baru 'dilantik' sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam, muncul buat kali pertama dalam perarakan sebagai rekrut baharu.

"Dia masih dalam tempoh latihan dan baru mula bekerja," kata seorang pegawai sambil berseloroh kepada orang ramai yang hadir menyaksikan perarakan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan kilauan emas, ‘hadiah’ pingat Olimpik atlet negara sempena Hari Kebangsaan tetap membanggakan

BACA LAGI: Ramai tak buat tapi patut dicontohi, selit nombor telefon dalam dompet anak boleh jadi penyelamat

Tidak ketinggalan, Oyen yang kini dianggap 'veteran' pula membuat kemunculan sulungnya buat kali ketiga berturut-turut jelas sekali dia bukan calang-calang kucing.

Tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan bertemakan 'Malaysia Madani: Rakyat Disantuni', menyaksikan lebih 14,000 peserta, 81 kontinjen, 437 aset kenderaan, 116 haiwan dan 21 pancaragam mengambil bahagian.

Namun bukan itu sahaja, turut mencuri perhatian ialah perarakan basikal rekaan khas lengkap dengan sidecar, mewakili keunikan setiap negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

Setiap basikal dihias dengan ikon dan mercu tanda terkenal seperti Menara Alor Setar, Jambatan Pulau Pinang dan Masjid Wilayah memaparkan kepelbagaian dan keindahan negara tercinta.

Basikal itu merupakan sebahagian daripada kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026, yang turut menampilkan sebuah perarakan gergasi (float) yang menjulang tinggi, memukau mata semua yang hadir.

Kreativiti, kecomelan dan semangat patriotik bergabung sempurna dalam sambutan tahun ini, tak hairanlah media sosial turut dibanjiri dengan gambar-gambar Simba, Oyen dan basikal unik yang pastinya akan diingati ramai. — The Star/BENJAMIN LEE/SALMA FAIRUS/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram