Agong, Raja Permaisuri tunai solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan


  • Primer
  • Isnin, 31 Mac 2025

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

 Turut hadir Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

BACA LAGI : [VIDEO] Polis Seremban tahan anggota tentera tumbuk pemandu wanita tak sengaja langgar anak, isteri

BACA LAGI : [VIDEO] 'Berat dugaan keluarga ini', budak perempuan 2 tahun maut kenderaan terbabas di Terowong Menora

Selain itu, turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Solat sunat Aidilfitri berkenaan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah. — The Star 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram