KELAB Rahman Putra Malaysia (KRPM) baru-baru ini menandatangani perjanjian timbal balik dengan SAGA Country Club (SAGA CC) dari Fukuoka, Jepun, sekali gus menandakan kejayaan penting bagi kedua-dua kelab golf terkemuka itu.
Kapten Kelab KRPM, Sukumaran Balakrishnan berkata, perjanjian tersebut menjadikan SAGA CC menjadi kelab ke-10 dari Jepun yang berkolaborasi dengan KRPM, sekali gus menjadi satu-satunya kelab golf di Malaysia yang mempunyai perjanjian timbal balik tertinggi di negara ini.
"Ahli CC SAGA kini akan dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan luar biasa KRPM selain dapat mendalami kekayaan warisan budaya Malaysia.
Detik bersejarah antara KRPM dan SAGA CC yang menandatangani perjanjian timbal balik sebagai usaha pengembangan kerjasama kedua-dua kelab.
BACA LAGI: 100 pengamal media sertai Golf Media Antarabangsa 2024 anjuran Forest City
"Perjanjian itu adalah sebahagian daripada strategi pengembangan KRPM dengan kelab timbal balik ke-10 di Jepun serta untuk memupuk hubungan antarabangsa dan menyediakan peluang bermain golf yang luar biasa untuk ahli kedua-dua kelab," kata Sukumaran.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Sukumaran dan Presiden SAGA CC, Yamaguchi Koji. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus SAGA CC, Koga Masao; Presiden KRPM, Yap Ching Kiat dan Setiausaha Kehormat KRPM, Richard Gui Soon Chong.
Perjanjian tersebut juga menyaksikan sumbangan KRPM menyumbang kepada industri pelancongan Malaysia dengan memberi peluang kepada pemain golf dari Jepun untuk merasai pengalaman bercuti sambil berlibur di Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram