[VIDEO] 'Siapa salah?' Kereta nyaris langgar motosikal polis melintas di persimpangan empat


  • Tular
  • Jumaat, 03 Nov 2023

Tangkap layar video memaparkan kereta yang nyaris melanggar motosikal polis di simpang empat di Krubong, Melaka pada Selasa.

TULAR sebuah rakaman memaparkan sebuah kereta yang nyaris melanggar motosikal polis di sebuah simpang empat di berhampiran lampu isyarat di Krubong, Melaka pada Selasa.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter oleh @nanmanjoi8715, kereta berwarna merah dilihat sempat mengelak motosikal polis yang melintas pada waktu itu.

Dalam video sama, lampu isyarat di laluan jalan kereta terbabit sudah bertukar hijau dan menunjukkan tanda jalan.

Pada masa sama, beberapa motosikal polis juga dilihat datang dari arah kanan jalan tersebut.

Melalui video dashcam yang sempat dirakam oleh pemandu kereta pada waktu itu, beberapa kenderaan juga terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada motosikal polis tersebut.

Rata-rata warganet turut memberi reaksi pelik dan mempersoalkan tentang kejadian itu.

"Kalau lah kemalangan. Katakanlah, salah seorg meninggal. Siapa yg akan disalahkan?," tulis @MissAnon987.

"Siapa harus dipersalahkan?," komen @KHYon25986000.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Melaka berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram