PH-BN hilang kerusi Permatang Pasir, harapan Anwar tawan semula Permatang Pauh kian sukar


  • Podium
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Faiz Fadzil diberikan kepercayaan untuk bertanding di DUN Permatang Pasir buat PRN kali ini.

CALON Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang bertanding di DUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil kehilangan cengakamannya di lokasi berkenaan.

Dia yang tewas kepada wakil daripada Perikatan Nasional (PN), Amir Hamzah Abdul Hashim apabila hanya mengumpul 10,418 undi sementara lawannya itu mengumpul 13,526 undi.

Keputusan itu menyaksikannya Faiz kalah dengan majoriti 3,108 undi, sekali gus menyaksikannya kehilangan cengkaman di kerusi Permatang Pasir yang dimenanginya ketika PRN yang lalu.

Untuk rekod, DUN Permatang Pasir menyaksikan seramai 30,464 pengundi didaftarkan, namun hanya 23,944 undi yang diperolehi ketika hari pengundian pada Sabtu.

Sebelum ini, terdapat desakan daripada gabungan PH-BN untuk mengukuhkan cengkaman mereka di kawasan tersebut dengan harapan itu turut disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara berkenaan berpunca daripada kegagalan PH untuk menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh ketika Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Selain Permatang Pasir, ahli Parlimen Tambun itu turut menyasarkan kemenangan buat gabungan parti politik itu di Penanti dan Seberang Jaya.

Jadi, dengan kekalahan dialami di ketiga-tiga kerusi DUN itu, terdapat kemungkinan bahawa Permatang Pauh akan menjadi terus menjadi milik PN ketika PRU akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram