[VIDEO] Plat 'Isteri YAB Perdana Menteri' bukan milik kenderaan Wan Azizah


  • Primer
  • Ahad, 25 Jun 2023

Tangkap layar nombor plat kenderaan yang membawa Dr Wan Azizah.

KEWUJUDAN sebuah kenderaan mewah menggunakan nombor plat ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ yang tular di media sosial sejak Sabtu sememangnya menimbulkan pertikaian banyak pihak.

Isu itu mula dibangkitkan selepas beberapa video dan video yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire warna hitam menggunakan nombor plat yang menyalahi undang-undang.

Difahamkan, kenderaan itu merupakan kereta rasmi Sabah yang digunakan oleh isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa persidangan Pandu Puteri di Kota Kinabalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menjelaskan, menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.

"Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini (Ahad), gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu tular di media sosial.

"Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, " katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

"Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu," katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, @lady_bugg11 memaklumkan berdasarkan perbandingan dua gambar, kenderaan tersebut bukanlah kenderaan rasmi Wan Azizah.

"Ini bukan kenderaan rasmi Dr Wan Azizah. Tengok nombor dalam berita sebelah itu. Tail light itu pun tak sama," katanya.

Wan 2

Perbandingan kereta sebanar Wan Azizah (Kiri) dan kenderaan yang disediakan kerajaan Sabah ketika beliau hadir Mesyuarat Agung Pandu Puteri di kota Kinabalu.

Ciapnya lagi, Wan Azizah tidak dimaklumkan tentang nombor plat tersebut.

"Dr Wan Azizah di Kota Kinabalu, Sabah untuk hadir Mesyuarat Agung Pandu Puteri.

"Sejurus tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, beliau dibawa menaiki kenderaan tersebut. Kenderaan disediakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

"Dr Wan Azizah tidak tahu tentang nombor plat itu, dan hal ini tidak dirujuk dengan beliau terlebih dahulu," tulisnya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram