Hajat beli persiapan raya tidak kesampaian, bapa dan anak saudara maut nahas di Alor Gajah


  • 112
  • Jumaat, 14 Apr 2023

Pemandu dan bapa saudaranya yang duduk di bahagian penumpang maut di lokasi kejadian selepas melanggar sebatang pokok di bahu jalan. — IPD Alor Gajah.

HASRAT seorang pekerja kilang membawa bapa saudaranya untuk membeli barangan persiapan menjelang Aidilfitri pada minggu depan bertukar tragedi apabila kedua-dua mereka maut dalam kemalangan di Jalan Lendu Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka pada tengah malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa, Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, dan bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 38 serta penumpang belakang, Azizul Hamis@Jainy semasa kejadian tersebut menaiki kereta Perodua Myvi dari arah Taman Dimensi Lendu menuju ke bazar Aidilfitri di Masjid Tanah.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Muhammad Hasraf hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan.

"Impak kemalangan, pemandu dan bapa saudaranya yang duduk di kerusi penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

"Manakala Azizul yang mengalami cedera parah dikejarkan ke c dan dirawat di zon merah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Arshad berkata, mayat kedua-dua saudara itu dibawa ke unit forensik hospital sama untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram