KPM siasat dakwaan guru minta murid tukar agama


  • Primer
  • Khamis, 09 Feb 2023

Tangkap layar rakaman sidang akhbar yang mendakwa seorang guru menggalakkan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk memeluk agama Islam baru-baru ini

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah mendapatkan maklum balas awal daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung video tular di media sosial pada 8 Februari berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama.

KPM dalam kenyataan pada Khamis berkata, kementerian memandang serius isu itu dan menegaskan bahawa hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmoniaan kaum dan negara.

"Siasatan awal telah dijalankan segera bagi mendapatkan kesahihan maklumat," kata KPM.

KPM berkata siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama.

KPM pada masa yang sama akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia sekiranya terdapat laporan polis dibuat mengenai isu tersebut, katanya.

"KPM tidak akan berkrompomi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya terhadap perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram