Bunuh teman lelaki, remaja 19 tahun berdepan hukuman gantung


Tertuduh didakwa membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor.

SEORANG remaja berdepan hukuman mati di Johor Bahru, Johor kerana didakwa membunuh teman lelakinya di sebuah hotel minggu lalu.

Tertuduh, Sim Hui Ying, 19, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Sim semasa pertuduhan dibacakan di hadapan majistret R. Salini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah membunuh seorang lelaki berusia 29 tahun, Yap Kelly di sebuah hotel di Taman Mount Austin kira-kira pukul 8 malam pada 20 September lalu.

Dia didakwa membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Salini menetapkan 6 Disember untuk sebutan kes seterusnya sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Selatan Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kes itu dan mendedahkan bahawa wanita itu direman selama tujuh hari bermula 21 September. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram