PM minta sikit masa lagi sebelum umum bubar Parlimen


  • Politik
  • Sabtu, 17 Sep 2022

Ismail Sabri meminta untuk diberikan sedikit masa lagi bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) pada Sabtu, beliau yang juga Naib Presiden Umno meminta untuk diberikan sedikit masa lagi bagi menentukan tarikhnya, bersama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Bila tarikhnya? Saya dan presiden akan menentukan, tapi percayalah sikit lagi, tak lama. Presiden, kita bincang cepat-cepat. Saya mendengar dengan jelas, Top Five semua ada di sini, Insya-ALLAH dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk berbincang,” katanya dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presdien MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram