HAKIM Mohamed Zaini Mazlan memberitahu pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menarik perhatian dan mengagumkannya selepas membenarkan usul mereka untuk penangguhan sementara sebelum membacakan keputusan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion yang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu.
Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa dia sudah mengemukakan permohonan saat-saat akhir untuk menyingkirkan Mohamed Zaini daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu.
Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu di saat akhir atas alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lepas berkenaan berlakunya kebocoran penghakiman kes itu yang disediakan oleh pihak lain.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram membantah permohonan penangguhan dan memberitahu pihak pendakwaan bersedia untuk mempertikaikan permohonan menarik diri itu.
Katanya, ‘penghakiman’ bocor yang dirujuk oleh Rosmah bukanlah penghakiman bertulis.
Hakim Zaini kemudian bertanya kepada Jagjit idea siapa untuk memfailkan permohonan menarik diri itu.
Hakim Zaini: Adakah itu idea anda? (kepada Jagjit) Adakah itu idea anda? (kepada Datuk Akberdin Abdul Kader).
Peguam menjawab, "Kami bertindak atas arahan".
Hakim Zaini berkata, pihak pembelaan telah memfailkan perakuan segera kepada notis usul dengan 15 alasan mengapa permohonan itu perlu didengar dengan segera.
“Anda memfailkan sijil perakuan segera pada sebelah petang, sebelum sambutan kemerdekaan dan saya telah membacanya ketika cuti umum.
“Anda sepatutnya sudah bersedia, saya sudah membacanya dan merasakan tiada keperluan untuk menyangkal,” katanya.
Hakim Zaini berkata bahawa dia mahu pihak pembelaan mengemukakan permohonan itu pagi Khamis.
Bagaimanapun, Jagjit menjawab bahawa dia memerlukan sedikit masa sebelum menyerahkan permohonan tersebut.
"Impress me with your research. I will wait for you, let me know when you are ready. (Kagumkan saya dengan hasil dapatan anda. Saya akan tunggu, maklumkan apabila anda sudah bersedia," kata Hakim Zaini sebelum berundur ke dalam kamarnya.
Mahkamah berhenti seketika untuk membenarkan pembelaan bersiap sedia. Hakim Mahkamah Tinggi dijadual menyampaikan keputusan kes itu pada Khamis. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram