PENDUDUK Teras Lavender Puchong Prima berasa kecewa dengan pemilik lori yang meletak kenderaan secara larangan di sepanjang Persiaran Prima Utama 3 di Puchong, Selangor.
Lori tersebut bukan sahaja diletakkan pada satu lorong di sepanjang jalan itu, malah menghalang pandangan pemandu yang cuba keluar dari Jalan Prima 7/3, Jalan Prima 7/4 dan Jalan Prima 7/5 terutama pada waktu puncak.