Asrama lelaki SMKA Pedas terbakar 80 peratus


  • 112
  • Ahad, 31 Jul 2022

Keadaan bangunan asrama lelaki SMKA Pedas yang terbakar 80 peratus dalam kejadian kebakaran pada Ahad. — Facebook

ASRAMA pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas dekat Rembau, Negeri Sembilan terbakar 80 peratus pada tengah hari, Ahad namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Izwan Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 tengah hari dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan bangunan asrama lelaki di tingkat tiga yang mempunyai kira-kira 10 bilik dan berkeluasan 40x200 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi pemadaman yang turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota serta Senawang itu tamat sepenuhnya pada 3.51 petang manakala punca kejadian sedang disiasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram