
LEBIH 100 kanak-kanak dan pengemis dewasa ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar bandar raya Kuching, Sarawak.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Noor Alam Khan A Wahid Khan berkata, operasi pada Rabu itu menyaksikan seramai 105 pengemis jalanan terdiri daripada komuniti Palau (Bajau Laut atau Sea Gypsies) ditahan.
"Kebanyakan daripada mereka tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Mereka kemudiannya dibawa ke daerah Semporna sebelum dihantar ke lokasi lain di laut," katanya sambil menambah operasi itu bertujuan menyelamatkan masyarakat daripada aktiviti itu.
Noor Alam berkata, operasi itu melibatkan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk polis, Dewan Bandaraya, Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Ketua Menteri.
Katanya, operasi berjalan lancar.
"Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi ini dan menjayakannya.
"Kami akan terus mengadakan operasi serupa untuk memastikan keselamatan negeri kami," katanya.
Noor Alam berkata, pihaknya juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah membantu menerusi pelbagai cara, termasuk memberi penerangan tentang aktiviti mengemis di jalanan sebelum operasi dijalankan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram