Galak rembat helmet di Jitra, tak sedar muka kena rakam CCTV


  • Tular
  • Sabtu, 14 Mei 2022

Tangkap layar lelaki berkenaan mencuri topi keledar di sebuah rumah, Taman Mahsuri Fasa 2, Jitra. — Facebook/SOJ

"TOPI keledar RM30 tak mampu ke?" Itu antara reaksi pengguna media sosial yang berasa bengang dengan tindakan seorang lelaki didakwa mencuri topi keledar selepas dilihat selamba menceroboh masuk sebuah rumah di Taman Mahsuri Fasa 2, Jitra, Kedah pada Jumaat.

Perbuatan terkutuknya itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di salah sebuah rumah taman berkenaan dan video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wira WieAre.

Rakaman aksi lelaki itu mencuri topi keledar di sebuah rumah, Taman Mahsuri Fasa 2, Jitra.

Menurutnya, perbuatan itu bukan kali pertama dilakukan oleh suspek kerana sebelum ini penduduk mendakwa lelaki berkenaan juga sering mencuri helmet dan pakaian di kawasan perumahan itu.

"Kes kecurian helmet di Taman Mahsuri Fasa 2C pagi tadi.. dikatakan si pencuri ini dah banyak kali mencuri kadang helmet kadang seluar baju. Hati-hati penduduk sekitar," dakwa pemilik akaun Wira WieAre di halaman Saya Orang Jitra (#SOJ).

Menerusi video berdurasi 44 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan masuk secara bersahaja memasuki rumah mangsa sambil memakai topi keledar dan dia terus melakukan perbuatan berkenaan tanpa mengetahui aksinya dirakam CCTV.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut mengecam tindakan lelaki berkenaan dan warganet mendakwa topi keledar yang dicuri itu akan dijual di pasar pagi berhampiran.

"Susah apa nak jumpa dia senang saja..esok anda pergi pasar pagi kampung berjaya..kalau jumpa barang anda di situ anda cekak penjual itu tanya mana dia dapat..selesai kerja..hahaahaha," kata QueenOf Nice.

"Miskin sangat ke sampai helmet dengan seluar pun kau nak curi..adoii," ujar pengguna Facebook, Zarif Afiq.

"Tidak apa. Apa pun kunci motor dan jangan tinggal barang yang berharga di luar rumah...bahaya banyak pencuri sekarang," nasihat dari Johannes Joe Harry.

Sehingga kini, Majoriti menunggu maklum balas dari pihak polis mengenai kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

curi, topi keledar, Jitra, lelaki,