Lebuh raya arah pantai Timur sesak, terperangkap sejauh 2km


  • Primer
  • Selasa, 03 Mei 2022

Pergerakan trafik di lain-lain lokasi masih lancar ketika ini.

ALIRAN trafik mulai meningkat di laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah timur bermula 9 pagi Selasa berikutan pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota, susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung hari kedua sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan kesesakan turut berlaku sejauh dua kilometer (km) selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah.

"Bagaimanapan, pergerakan trafik di lain-lain lokasi masih lancar dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

aliran trafik, perlahan, sesak, PLUS, LLM, Aidilfitri