SEORANG ejen Cuckoo dengan nama akaun Facebook, Nazira Alis membuat permohonanan maaf atas kesilapan fakta dalam perkongsian tentang kes Bella baru-baru ini.
Berkongsi di Facebook, Nazira sebelum ini memuat naik satu hantaran yang mempersoalkan tentang insiden tertumpah ‘air panas’ yang menjadi punca badan Bella melecur.
Dalam fahaman Nazira, dia menyangka air panas yang tumpah di badan Bella adalah dari mesin penapis air Cuckoo.
“Bagaimana Bella boleh menahan pancutan kecil panasnya air mesin Cuckoo hingga ia merata ke seluruh badan dan menyebabkan Ia melecur,” katanya berdasarkan sebahagian kandungan hantaran di Facebook.
Bagaimanapun, selepas mengetahui bahawa dia tersilap memahami jawapan soalan balas itu, Nazira difahamkan telah memadam hantaran tersebut dan memohon maaf atas kesilapannya.
Katanya selepas merujuk semua hantaran lain dari peguam Bella, dia menyedari bahawa pemanas air yang dimaksudkan adalah pemanas air elektrik satu suhu dan bukan mesin penapis air Cuckoo.
“Mesin pemanas air yang dikatakan tertumpah air panas atas Bella tu adalah yang satu suhu saja.
“Dikatakan penapis air Cuckoo RB rosak pada satu ketika, dan dia gunakan water heater tersebut buat sementara,” tulisnya.
Dalam kes penderaan kanak-kanak Syndrome Down Bella, Siti Bainun, salah seorang peguam mendedahkan fakta sebenar insiden Bella terkena air panas yang menjelaskan tentang kesan melecur pada badannya.
Fakta tersebut mendedahkan bahawa badan Bella melecur kerana kerana tergelincir semasa berlari ke dapur yang mana secara tidak sengaja tertarik pemanas air elektrik.
Kejadian itu menyebabkan air panas tertumpah dari kepala hingga kaki kanak-kanak itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram