ORIENT lancar model baharu dengan gaya vintaj popular dari inspirasi model Orient Mako


  • Bizz
  • Jumaat, 22 Apr 2022

Orient lancar dua model baharu jam bercirikan vintaj.

ORIENT melancarkan dua model baharu yang diinspirasikan daripada gaya vintaj model jam tangan Orient Mako*. Model baharu ini menambah ciri sentuhan gaya vintaj warna gradian permukaan jam tangan yang menjadi lambang ORIENT. Warna segar dan aksen menarik, menambah daya tarikan model ini, menjadikannya item bergaya apabila dipakai. (*Bukan jam tangan penyelam mengikut standard ISO.)

ORIENT

Model rekaan penyelam yang dinamakan Orient Mako oleh peminat, merupakan sebahagian sejarah penting ORIENT selama lebih 70 tahun, mewakili segala-galanya sejak kali pertama ORIENT dilancarkan pada 1960-an. Model baharu ini menawarkan reka bentuk kasual dan bergaya yang boleh dipakai di mana-mana majlis, dengan spesifikasi asas yang sama seperti dengan model sedia ada seperti sapphire crystal, kalis air sehingga 20 bar, dan pergerakan mekanikal automatik ORIENT yang stabil, berketepatan tinggi dan boleh dipercayai.

Model ini mempunyai ciri bezel berputar dengan dua warna dan lambang warna campuran permukaan jam ORIENT. Terdapat dua warna dail untuk dipilih: penggredan burgundy dan penggredan biru edisi terhad hanya 2,800 buah. Pada plat aluminium bezel, dua warna berbeza berkongsi sempadan dengan dipisahkan penanda segi tiga dan minit ke-15: burgundy dan coklat untuk model biasa, dan biru dan hitam dengan pinggir emas untuk edisi terhad. Ciri Luminous Light dengan kesan vintaj tona sepia memperlihatkan seperti jam tangan ini sudah digunakan dan digemari selama bertahun lamanya. Ciri ini, bersama-sama dengan campuran gred warna pada permukaan jam mencipta pesona rupa vintaj yang menarik perhatian. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://solartime.com/collections/orient

ORIENT_2

Tentang ORIENT

ORIENT menyediakan jam tangan berkualiti tinggi ke seluruh dunia, menggabungkan pergerakan yang boleh dipercayai dengan reka bentuk yang inovatif selama lebih daripada 70 tahun. ORIENT ialah jenama jam tangan Jepun yang mereka bentuk, menghasilkan pergerakan sendiri dan membuat jam tangan. Jam tangan berkualiti tinggi jenama ini disediakan pada harga mampu milik, menjadikannya sangat popular dalam kalangan peminat jam tangan di Jepun dan di luar negara. Jam tangan ORIENT dicari oleh peminat jam tangan dan pengumpul jam tangan yang arif di seluruh dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Artikel Berkaitan: