MALAYSIA mencatatkan 27,435 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menurun berbanding 33,406 kes yang dicatatkan pada Sabtu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 3,622,607 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Ahad adalah sebanyak 30,335 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 3,281,128 kes.
Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Ahad, Noor Hisham berkata, 27,181 kes adalah jangkitan tempatan manakala 254 merupakan kes import.
"Daripada kesemua kes harian yang dilaporkan pada Ahad, 9,756 kes adalah kategori 1, manakala 17,495 kes merupakan kategori 2.
"89 kes pula adalah kategori 3, manakala 53 kes merupakan kategori 4 dan 42 kes adalah kategori 5,” katanya.
Tambah beliau, sehingga 6 Mac 2022, seramai 379 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Daripada jumlah itu, 216 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 454.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram