Naik lagi, negara catat 27,179 kes baharu Covid-19


  • Primer
  • Rabu, 23 Feb 2022

27,059 daripada 27,179 kes baharu Covid-19 pada Selasa adalah penularan tempatan manakala 120 lagi merupakan kes import. — The Star

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan 27,179 kes baharu Covid-19 pada Selasa, berbanding 25,099 kes pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 3,273,958.

Portal CovidNow kementerian setakat 11.59 malam Selasa melaporkan, 27,059 kes adalah penularan tempatan manakala 120 lagi merupakan kes import.

Ketika ini, terdapat 267,084 kes aktif di negara ini dengan 95.3 peratus atau 254,520 individu mematuhi arahan kuarantin di rumah.

Data CovidNow menunjukkan, terdapat 4,704 pesakit Covid-19 atau 1.8 peratus kes aktif sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) Berisiko Rendah, manakala 7,574 individu dirawat di hospital.

Setakat 11.59 malam Selasa, kadar penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) berada pada kadar 59.6 peratus.

Hanya enam negeri atau lokaliti yang mempunyai kadar penggunaan ICU di bawah 50 peratus - Sarawak (47.9 peratus), Terengganu (47.5 peratus), Kedah (42.5 peratus), Negeri Sembilan (38.1 peratus), Pahang (38.1 peratus) dan Labuan (25.0 peratus). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KKM, kes baharu, Covid-19, kes harian, terkini