Kes meningkat lagi, catat 22,802 kes pada Sabtu


  • Primer
  • Sabtu, 12 Feb 2022

KATEGORI dua merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 17,669 kes. — The Star

KES positif baharu Covid-19 di negara ini dilaporkan meningkat kepada 22,802 kes pada Sabtu berbanding 20,939 kes semalam (Jumaat).

Jumlah itu menjadikan angka kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 3,019,163 kes setakat ini.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di laman sosial Facebook berkata, daripada jumlah harian, majoriti kes positif terdiri daripada kategori dua dengan jumlah 17,669 kes.

"Kategori satu merekodkan jumlah kes sebanyak 5,029 kes manakala kategori tiga dengan 82 kes dan kategori empat (14 kes).

"Kategori lima merekodkan jumah kes terendah dengan 8 kes sahaja," katanya pada Sabtu.

Sementara itu, Noor Hisham dalam kenyataan harian mengenai perkembangan Covid-19 memaklumkan, daripada 22,802 kes baharu opada Sabtu, 94 daripadanya adalah kes import dan 22,708 kes tempatan

"176 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 98 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 5,442 kes sembuh direkodkan menjadikan kumulatif pesakit pulih setakat ini ialah 2,846,713," ujarnya.

Katanya, sebanyak 11 kluster baharu turut direkodkan dengan 415 kluster masih aktif setakat ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara, Noor Hisham berkata, ia berada pada paras 1.51 pada Jumaat dengan Labuan merekodkan nilai tertinggi iaitu 2.31 diikuti Sarawak (1.82), Sabah (1.65) dan Perlis (1.51).

Maklumat terperinci mengenai situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid-19, kes harian, , meningkat, noor hisham