
TAHUN Baharu Cina dilihat seolah-olah tidak lengkap tanpa hidangan sepinggan Yee Sang dengan keluarga dan rakan-rakan berkumpul di sekeliling meja untuk acara makan besar.
Tradisi menghidangkan ikan mentah untuk sambutan tahun baharu lunar dipercayai berasal dari Guangdong, China.
Namun, tradisi 'makan besar' hidangan Yee Sang pada tahun baharu yang diamalkan masyarakat Cina Malaysia adalah cukup unik.
Yee Sang ialah sejenis hidangan salad ikan mentah yang resipi aslinya telah diubah suai.
Ia kerana setiap cef dan restoran mempunyai citarasa dan hidangan tersendiri.
Hidangan Yee Sang kebiasaannya diletakkan di tengah-tengah meja dengan bahan-bahan yang disusun rapi.
Bahan-bahan itu seterusnya akan digaul dan dilambung ke udara dengan menggunakan penyepit sebagai simbol kemakmuran dan murah rezeki.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya Yee Sang dicipta oleh Loke Ching Fatt, seorang pengusaha perniagaan katering Loke Cheng Kee, dari Seremban, Negeri Sembilan pada 1940-an.
Walaupun Loke ialah orang Kantonis, dia telah mendapat inspirasi untuk mengembangkan resipi hidangan tradisi masyarakat Teochew dan Hokkien ketika itu.
Cuma, rakyat Singapura tidak bersetuju dengan sejarah Yee Sang berasal dari Malaysia kerana mereka percaya resipi itu berasal dari negara mereka.
Mereka mengatakan bahawa hidangan itu telah dicipta oleh empat orang chef Singapura pada tahun 1960-an.
Rakyat Seremban bertegas dan percaya Yee Sang berasal dari Seremban kerana garis masa menunjukkan Loke telah menciptanya dahulu.
Jika dahulu, ikan Grass Carp atau Wolf Herring digunakan untuk hidangan Yee Sang, kini ikan salmon menjadi pilihan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram