SPRM Sabah tahan bekas pengurus kanan GLC kes rasuah


  • 112
  • Rabu, 26 Jan 2022

SUSPEK dipercayai menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan pengubahsuaian rumah miliknya yang dianggarkan bernilai RM170,000.— The Star

SEORANG bekas pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Rabu, bagi membantu siasatan berhubung kes suapan berjumlah RM170,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 pagi Rabu di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Suspek dipercayai menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan pengubahsuaian rumah miliknya yang dianggarkan bernilai RM170,000 daripada kontraktor sebagai balasan melancarkan segala tuntutan bayaran bagi kerja yang telah dilakukan kontraktor tersebut.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Karunanithy berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini dalam masa terdekat.— Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram