BSN MyRinggit-i Banjir dibuka sehingga 31 Januari 2022


  • Bizz
  • Rabu, 26 Jan 2022

DOKUMEN yang lengkap serta menepati syarat-syarat yang ditetapkan akan diproses bagi meringankan beban kewangan pemohon. — The Star

BANK Simpanan Nasional (BSN) membuka permohonan BSN MyRinggit-i Banjir kepada orang ramai yang terdiri daripada mangsa banjir sehingga 31 Januari 2022.

BSN dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, setakat 25 Januari 2022, pihaknya meluluskan sebanyak 22,887 permohonan berjumlah lebih RM221 juta.

"Mereka yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web BSN, www.bsn.com.my dan mengemukakan dokumen yang lengkap serta sahih.

"Dokumen yang perlu dikemukakan ialah salinan Kad Pengenalan; salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas," katanya.

Tambahnya lagi, permohonan yang diterima sebelum 31 Januari 2022 dan dilengkapi dengan maklumat yang sahih, dokumen yang lengkap serta menepati syarat-syarat yang ditetapkan akan diproses bagi meringankan beban kewangan pemohon.

"Bagaimanapun, pelanggan BSN masih boleh mendapatkan bantuan lain yang ditawarkan.

"Antaranya seperti penangguhan ansuran bulanan pembiayaan termasuk kemudahan pembiayaan/pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli dan kad kredit untuk pelanggan individu serta pembiayaan/pinjaman kepada perusahaan mikro yang terkesan akibat banjir,” ujarnya.

Maklumat lanjut berhubung bantuan ini boleh didapati menerusi laman web www.bsn.com.my atau Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram