Mangsa penggal kepala di Kuala Selangor rupanya asnaf, pernah dapat bantuan zakat


  • Primer
  • Selasa, 18 Jan 2022

LZS menyampaikan bantuan kepada suami kepada mangsa yang maut akibat dipenggal kepala oleh anaknya. — Facebook

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) telah menyerahkan bantuan kecemasan yang kemudian akan diikuti dengan bantuan khairat kematian kepada suami wanita yang dipenggal kepala oleh anak lelakinya di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada Sabtu lepas.

LZS dalam satu kenyataan berkata, memaklumkan bantuan tersebut bagi meringankan sedikit bebanan kepada suami mangsa.

"Pasangan ini merupakan salah seorang asnaf kami di Kuala Selangor. Kami masih ingat lagi keceriaan wajah mereka di majlis penyerahan rumah zakat pada tahun lepas.

"Kami mendoakan beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian besar ini dan semoga Allah menempatkan arwah isteri beliau dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Semalam, media melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata penganggur berusia 28 tahun yang disyaki memenggal kepala ibunya Sabtu lepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Sementara itu, LZS dihantaran yang sama berkata program pencegahan, pendidikan dan pemulihan dadah memerlukan penglibatan setiap lapisan masyarakat dan hendaklah bermula daripada peringkat pendidikan awal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram