KDN akui khilaf kemasukan pengembara positif Omicron, tidak divaksin


  • Primer
  • Jumaat, 07 Jan 2022

SEBANYAK 17 daripada 122 pengembara dari luar negara dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tiada rekod vaksinasi Covid-19. — Bernama

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akui timbul kekhilafan dengan agensi lain dalam urusan kemasukan pengembara positif Omicron serta tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19, kata menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin

Pada Khamis, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.

Beliau berkata, 10 daripadanya membabitkan warganegara manakala tujuh lagi bukan warganegara.

"Negara import kes Omicron tanpa rekod vaksinasi ini ialah dari United Kingdom dengan empat kes, Nigeria (empat), Emiriah Arab Bersatu (empat) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi,” katanya. — Bernama

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram