HAMPIR 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia setakat ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif terlibat tanpa perlu membuat sebarang permohonan.
"Pengurangan kos pembaikan bakal dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tengku Zafrul berkata, tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
"Kerajaan mengalu-alukan langkah syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Bhd (Perodua) dan Proton Holdings Bhd untuk menawarkan diskaun 50 peratus ke atas kos alat ganti. Perodua juga telah menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma.
"Kerajaan menggalakkan syarikat automotif yang lain untuk turut menawarkan insentif yang lebih baik untuk pelanggannya," katanya. — Majoriti
Berikut adalah senarai syarikat automotif yang terlibat dengan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia:
1. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua)
2. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton)
3. Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
4. UMW Toyota Motor
5. Honda Malaysia
6. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
7. Volvo car Malaysia
8. TC Euro Cars (Renault)
9. Mercedes-Benz Malaysia
10. BMW Malaysia
11. Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
12. Mazda, Peugeot dan KIA
13. TC Subaru
14. Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
15. Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
16. Boon Siew Honda Sdn.Bhd.
17. Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas)
18. Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd.
19. KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram